NADI – GOVERNMENT : Aplikasi Price Catcher

18 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

17 Oktober 2025 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, telah memberi penerangan berkenaan Aplikasi Price Catcher kepada pengunjung yang menghadiri Program Jota Joti Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol.

Aplikasi Price Catcher adalah aplikasi mudah alih rasmi dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Malaysia. Fungsi utamanya adalah membolehkan pengguna menyemak dan membandingkan harga lebih 480 barangan keperluan asas, seperti ayam dan sayur, di kedai-kedai berhampiran. Data dikumpul oleh pegawai KPDN bagi membantu rakyat menjadi pembeli bijak dengan mencari harga terendah, sekaligus menjimatkan perbelanjaan harian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali